Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Momentum Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi Terpilih
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Momentum Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Momentum Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari kedua terakhir 2024 dengan prestasi positif, dipacu momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Maybank dan Petronas Chemicals ketika institusi tempatan memperelok akaun menjelang akhir tahun.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.54 mata atau 0.59 peratus kepada 1,637.68 daripada 1,628.14 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.0 mata lebih rendah kepada 1,626.14 dan bergerak antara 1,624.92 hingga 1,638.56 sepanjang dagangan hari ini.

Keseluruhan pasaran juga positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 614 berbanding 452, manakala 526 kaunter kekal tidak berubah, 820 kaunter tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Bagaimanapun, jumlah dagangan susut kepada 2.55 bilion unit bernilai RM2.09 bilion daripada 2.87 bilion unit bernilai RM2.08 bilion pada Jumaat lepas.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata FBM KLCI melonjak ke zon positif, didorong oleh prospek pelaburan langsung asing yang cerah, kemajuan dalam sektor teknologi, dan keuntungan korporat yang kukuh, semuanya disokong oleh unjuran ekonomi yang optimistik.

“Ketika ketidakpastian mengenai tarif, keyakinan kekal teguh bahawa beberapa negara Asia boleh meraih manfaat daripada penyusunan semula rantai bekalan. Fokus kerajaan domestik ke arah kebangkitan teknologi semakin memacu sentimen positif bagi bursa saham tempatan, mencerminkan daya tahan dan momentum masa depan FBM KLCI,” katanya kepada Livevartha.

Antara saham berat, Maybank melonjak 14 sen kepada RM10.24, Petronas Chemicals naik 9.0 sen kepada RM5.10, TNB meningkat 10 sen kepada RM14.84, Hong Leong Bank naik enam sen kepada RM20.42, CIMB dan IHH Healthcare masing-masing kekal pada RM8.15 dan RM7.23, manakala Public Bank turun tiga sen kepada RM4.54.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...