Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.03 mata atau 0.36peratus kepada1,640.94 daripada paras 1,634.91 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu yang dibuka naik4.84 mata kepada 1,639.75, bergerak dalam julat 1,638.67 hingga 1,646.14 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu568 berbanding 434 manakala 540 kaunter tidak berubah, 899 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada2.63bilion unit bernilaiRM2.30bilion daaripada 3.22bilion unit bernilaiRM2.47bilion, semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama juga menyaksikan sentimen optimis berikutan isyarat positif daripada prestasi semalaman Wall Street.

"Pasaran China dan Hong Kong juga meningkat semula susulan harapan terhadap langkah rangsangan bagi menyokong ekonomi kedua terbesar dunia itu. Kementerian Kewangan China akan mengadakan taklimat pada Sabtu yang dijangka memperincikan langkah rangsangan kerajaan itu," katanya kepada Livevartha.

Pada Khamis, bank pusat China mengumumkan program pembiayaan bernilai 500 bilion yuan bagimeningkatkan kecairan pasaran modal denganpermohonan berkenaan telah dibuka kepada institusi kewangan.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...