Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Jan(Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi bursaserantau, apabila aktiviti buruan saham pada harga rendah meningkatkanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)selepasmencatatkan prestasi kurang memberangsangkan beberapa hari lepas.

Pada 5 petang, indeks penanda aras itu meningkat 11.18 mata kepada1,566.72 daripada1,555.54 ketika ditutup pada Khamis.

FBM KLCI yang dibuka 2.11 mata lebih rendah pada1,553.43, bergerak antara1,545.67 dan1,569.43 sepanjang hari.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 543 berbanding 434, manakala 511 kaunter tidak berubah, 889 tidak diniagakan dan 19 yang laindigantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 3.10 bilion unit bernilaiRM3.06 bilion daripada3.57 bilion unit bernilaiRM3.15 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pemulihanFBM KLCI didorong oleh aktiviti pembelian pada harga rendah saham utiliti, tenaga dan pengguna.

"Bursa kembali meningkat sedikit selepas jualan besar-besaran, dan menganggapFBM KLCI harus kekal pada paras melebihi1,600 bagi meraih semula momentumnya," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...