Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Keyakinan Terhadap Belanjawan 2025
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Keyakinan Terhadap Belanjawan 2025

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Keyakinan Terhadap Belanjawan 2025

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasitinggi pada Jumaat,dipacu oleh keyakinan terhadap Belanjawan 2025 dan pembelian menyeluruh bagi seluruh papan,kata penganalisis.

Pada pukul 5petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat4.55mata atau 0.27peratus kepada 1,645.99daripada 1,641.44 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 1.85 mata lebih tinggi kepada 1,643.29,bergerak antara 1,641.71 hingga1,649.31sepanjang sesi dagangan hari ini.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 598berbanding 396, manakala 556kaunter kekal tidak berubah, 942 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang digantung.

Jumlah dagangan berkurangkepada 2.52bilion unit bernilaiRM2.16bilion daripada 2.68bilion unit bernilaiRM2.45bilionpada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata pasaran serantau juga mencatatkan kenaikanapabila pelabur menyambut baikdata ekonomi China yang kukuh dan pengumuman butiran program pembelian balik saham baharu daripada bank pusatnya.

Beliau berkata data daripada ekonomi kedua terbesar dunia itu menunjukkanpenurunan harga rumah berkurangan bulan lepas, menandakan dasar sokongan Beijing mungkin mula menunjukkan hasil.

“Di peringkat tempatan, kami menjangkakan indeks penanda aras mengekalkan keadaan tidak banyak berubah dan berkemungkinan dagangan mencecahantara 1,645 hingga 1,665 pada minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...