Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Selasa dalam persekitaranprestasi serantau bercampur-campur,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal tinggi disebabkanpembelian lewat dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pada5 petang, FBM KLCInaik0.33mata atau 0.02 peratus kepada 1,635.62.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.36mata pada1,631.63dan bergerak antara paras 1,629.22dan1,638.87sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untungmengatasi kaunter rugisebanyak 567berbanding 486manakala 508kaunter tidak berubah, 862tidak diniagakan dan enamyang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkatkepada 3.25bilion unit bernilaiRM2.67bilion daripada 2.76bilion unit bernilaiRM2.74bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkataFBM KLCI mengurangkan keuntungan tetapi berjaya mencatatkan prestasi baik.

"Sentimen pelabur di peringkattempatan kekal bercampur-campur dengan volum dagangan rendah mengekalkan indeks penanda aras dalam mod penyatuan. Kami sedang melakukan pemantauan mengenainya," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata melepasitahap rintangan 1,650 boleh mencetuskan momentum menaik yang lebih kukuh. "Oleh itu, kami mengekalkan julat sasaran mingguan kami pada 1,630-1,650, mewakili paras sokongan dan rintangan," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...