Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Ekoran Pengumuman Tarif AS
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Ekoran Pengumuman Tarif AS

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Ekoran Pengumuman Tarif AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 28 Feb(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain apabila sentimen pelabur terjejas susulan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trump.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.90 mata kepada 1,574.70 daripada 1,586.60 pada Khamis.

Petunjuk utama pasaran itu dibuka rendah turun4.63 mata kepada1,581.97, paras tertinggi intra harinya dan susut ke paras terendah intra harinya pada1,573.82 semasa sesi dagangan pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 864 berbanding 257, manakala 378 kaunter tidak berubah, 878 tidak diniagakan dan 67 digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 4.39 bilion unit bernilai RM6.45 bilion daripada 2.89 bilion unit bernilai RM2.45 bilion pada Khamis.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata Trump mengesahkan tarif25 peratus ke atas Mexico dan Kanada, besertatambahan tarif 10 peratuske atas China, akan berkuat kuasa pada 4 Mac seperti yang dirancang.

Beliau berkata walaupun prestasi lemahdi pasaranBursa Malaysia, saham perbankan dan pertanian menunjukkan daya tahan di tengah jualan besar-besaran.

"Mengikut sektor, indeks teknologi mengalami penurunanterbesar dalam dagangan hari ini sebanyak hampir 5.0 peratus, diikuti oleh indeks produk dan perkhidmatan pengguna.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...