Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt(Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan aliran rendahnya bagi hari kelima berturut-turut pada Jumaat apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengelak daripada melakukan sebarang pergerakan pasaran yang ketara, kata seorang penganalisis.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.93 mata, atau 0.85 peratus, kepada 1,618.30 daripada paras penutup1,632.23 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.79 mata kepada 1,633.02 dan bergerak turun naik antara paras 1,617.60 dan 1,635.28 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasarannegatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 656 berbanding 354, manakala 577 kaunter tidak berubah, 915 tidak diniagakan dan 31 digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.47 bilion unit bernilai RM2.14 bilion daripada 2.64 bilion unit bernilai RM2.28 bilion sebelumnya.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, sentimen di bursa tempatan kekal lemah dengan jumlah dagangan berada di bawah purataapabila parapelabur menunggu pemangkin baharu pasaran.

“Bagaimanapun, indeks petunjuk pasaran menghampiri situasi terlebih jual, membayangkan potensi lantunan semula tidak lama lagi.

"Corak dagangan ini mungkin berlanjutan ke minggu depan, dengan jangkaan pergerakan tidak berubah dan meningkatsedikit dalam jajaran1,615 hingga 1,630," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...