Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Prestasi Dagangan Bercampur-campur Di Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Prestasi Dagangan Bercampur-campur Di Pasaran Serantau

Bursa Malaysia  Ditutup Rendah Susulan Prestasi Dagangan Bercampur-campur Di Pasaran Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Jan(Livevartha) –Bursa Malaysia gagalmengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra haridisebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi, utiliti dan perladangan yang terpilihsusulanprestasi bercampur dibursa serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut9.13 mata atau 0.57 peratus kepada 1,576.46 daripada 1,585.59 ketika ditutup Isnin.

Indeks petunjukpasaranyang dibuka 7.38 mata lebih tinggi pada 1,592.97bergerak antara 1,576.46 dan 1,599.43 semasa sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran,kaunter rugimengatasikaunter untung 588 berbanding400manakala 529 kaunter tidak berubah, 842 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.45bilion unit yang bernilaiRM2.72 bilion berbanding 2.85 bilion unit yang bernilaiRM2.54billion ketika ditutup pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata indeks petunjuk pasarandibuka lebih tinggimencerminkan pengukuhanawal selainmembayangkanpemulihan daripada penurunansepanjang minggu lepas.

Bagaimanapun, momentum itu semakin berkurangan apabila sesi dagangan berlangsung, mencerminkan pendekatanberhati-hati yang berterusan dalam kalangan pelabur.

Dalam pada itu, tanda-tanda pemulihan muncul susulan aktivitipembelian saham mewah pada harga murah.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...