Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung, Jejaki Prestasi Serantau, Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung, Jejaki Prestasi Serantau, Wall Street

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung, Jejaki Prestasi Serantau, Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan selepas peningkatan kukuh baru-baru ini, dengan indeks serantau utama turut mempunyai trend menurun, dipengaruhi oleh petunjuk negatif Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada penutupan dagangan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (KLCI) menyusut 7.45 mata atau 0.45 peratus kepada 1,635.32 daripada 1,642.77 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 1.05 mata lebih rendah kepada 1,641.72 dan bergerak antara 1,633.64 kepada 1,646.38 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 573 berbanding 508, dengan 502 kaunter tidak berubah, 897 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.27 bilion unit bernilai RM2.90 bilion daripada 4.19 bilion unit bernilai RM4.55 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata kemerosotan FBM KLCI dipacu oleh jangkaan kelemahan dolar AS yang berterusan dan potensi semakan menurun terhadap data pekerjaan Amerika Syarikat (AS), mendorong sebahagian pelabur untuk meraih keuntungan.

“Bagaimanapun, trend baru-baru ini menunjukkan perubahan keutamaan oleh pelabur asing kepada pasaran sedang pesat membangun, termasuk Malaysia. Peralihan ini boleh dikaitkan dengan perbezaan kadar faedah yang semakin meluas antara pasaran sedang pesat membangun dan Kadar Dana Rizab Persekutuan AS,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Sedek berkata kadar faedah yang stabil di pasaran sedang pesat membangun telah mengukuhkan mata wang tempatan, menjadikan pasaran ini lebih menarik kepada pelabur asing.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...