Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan, CI Susut 0.97 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan, CI Susut 0.97 Peratus

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan, CI Susut 0.97 Peratus

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 April (Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari inidengan indeks petunjukpasaransusutsebanyak 0.97 peratus susulan jualan berterusan merentasi pelbagai sektor membebankanpasaranyang terus merasaikesan daripadakenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 14.77 mata kepada 1,504.14 daripada1,518.91 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 9.90 mata lebih rendah pada 1,509.01 dan turun naikantara 1,500.90 dan 1,515.74 sepanjang hari.

Di pasaran yang lebih menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 777 berbanding 185manakala 366 kaunter tidak berubah, 1,031 kaunter tidak diniagakan dan 19 kaunter lagi digantung.

Jumlah daganganmerosotkepada 1.81 bilion unit bernilai RM1.89 bilion daripada2.51 bilion unit bernilai RM1.81 bilion pada Khamis.

Timbalan Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI meneruskan penurunannya sebagai reaksi spontan terhadap tarif AS sebanyak 24 peratus ke atas eksport Malaysiamanakala pasaran serantau juga ditutup lebih rendah disebabkan kebimbangan sama.

Beliau berkataindeks petunjuk pasarankini menghampiriperingkatterlebih jual.

"Tambahan pula, tarif ke atas Malaysia agak rendah berbanding dengan banyak negara di rantau ini. Oleh itu, kami melihat ini sebagai peluang beliankhususnya bagisaham mewahyang mempunyai asas kukuh dengan hasil dividen yang menarik untuk melindung nilaidaripada kelemahan pasaran yang sedang berlaku," kata Thong kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...