Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini terjejas akibat aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam saham Tenaga Nasional dan sektor perbankan, kata seorang penganalisis.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut0.73 peratus atau 11.98 mata, untuk ditutup kepada 1,609.26 berbanding1,621.24 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran ituyang dibuka tinggi naik 4.39 mata kepada 1,625.63, bergerak antara paras 1,609.24 dan 1,627.23 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasarannegatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 685 berbanding 357, manakala 480 kaunter tidak berubah, 885 tidak diniagakan dan 15 digantung.

Jumlah dagangan menyusutkepada 2.67 bilion unit bernilai RM2.02 bilion berbanding 2.69 bilion unit bernilai RM1.86 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata jualan sahamhari ini dilihat sebagai peluang untuk mencari saham berhargamurah dalam kalangan saham yang mengalami penurunan, terutamanya dalam saham mewah, disebabkan penilaiannya yang lebih menarik.

“Memandangkan kita semakin menghampiri penghujung tahun, kami menjangkakan beberapa aktiviti penjajaran semula portfolio dan memperelokkan akaun akanberlaku.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan melantunsemula dalam tempoh terdekat dan diniagakan dalam jajaran1,600-1,630 padaminggu ini,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...