Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Bursa Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Bursa Serantau

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Bursa Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Jan(Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut daripada kenaikan semalam untuk ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan di tengah-tengah prestasi negatif bursa serantau lain.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun14.96 mata atau 0.92 peratus ditutup pada parasintra hari terendahnyapada1,614.83 daripada paras penutup 1,629.79 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun0.87 mata kepada 1,628.92 dan mencecah paras intra hari tertingginya pada1,631.15 semasa sesi awal pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak827 berbanding285 manakala 497 kaunter tidak berubah, 761 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusutkepada 3.59 bilion unit bernilai RM3.06 bilion daripada 3.91 bilion unit bernilai RM3.29 bilion pada Selasa.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkataindeks utama Asia dipengaruhi olehprestasi suram di Wall Street, berikutankesan daripadajualan diPerbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata para pelaburterus mengambil pendekatan berhati-hati, dengan ramai yang mengelak daripada mengambil pegangan penting menjelang pengumuman data pekerjaan AS pada lewat minggu ini selain ketidakpastian sama ada Presiden Donald Trump akan beralih kepada dasar tarif yang lebih longgar.

“Pasaran juga mengambil kira implikasilebih meluas daripada dasar Trump 2.0 selepas beliau mengangkat sumpah pada 20 Januari ini, di samping risiko geopolitik yang berpanjangan, pertumbuhan tidak menentuekonomi China, yuan yang lemah, dan langkah-langkah dasar oleh bank pusat utama,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...