Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Jualan Saat-saat Akhir
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Jualan Saat-saat Akhir

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Jualan Saat-saat Akhir

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov(Livevartha) –Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.83 mata untuk ditutup kepada 1,608.43 daripada paras penutup 1,609.26 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran ituyang dibuka tinggi naik 0.76 mata kepada 1,610.02, bergerak antara paras 1,605.43 dan 1,615.96 semasa sesi dagangan.

Suasana pasarannegatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 602 berbanding 413, manakala 531 kaunter tidak berubah, 858 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.99 bilion unit bernilai RM2.54 bilion berbanding 2.67 bilion unit bernilai RM2.02 bilion pada Isnin.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pasaran tempatan menyaksikan tekanan jualan berterusanapabila parapelabur terus mengambil pendekatan berhati-hatisusulan kebimbanganDonald Trump akan memperkenalkantarif baharu ke atas perdagangan asing, terutamanya yang menyasarkan China.

“Walaupun kekukuhan pasaran AS dan dolar ASberkemungkinan mencetuskan minat belian dalam pasaran tempatan terutamanya dalam sektor yang dipacu eksport, seperti teknologi dan sarung tangan, keyakinan ini memberikan prospek yang baik.

"Kekukuhan berterusan dolar AS mungkin membawa risiko pertumbuhan perlahan bagi pasaran sedang pesat membangun, dengan Malaysia berpotensi berdepanpeningkatan aliran keluar asing," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...