Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.70 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.70 Peratus

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.70 Peratus

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Mac(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter utiliti, telekomunikasi dan media serta sektor perkhidmatan kewangan.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.81 mataatau 0.70 peratuskepada 1,536.46 daripada paras penutup 1,547.27 pada Jumaat minggu lepas.

Tenaga Nasional susut 20 sen kepada RM13.54, Maxis turun10 sen kepada RM3.27dan Maybank berkurangan enam sen kepada RM10.58. Gabungan kaunter-kaunter ini menyeret turun indeks komposit sebanyak 4.53 mata.

FBM KLCI dibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak730 berbanding 253, manakala 425 kaunter tidak berubah, 974 tidak diniagakan dan 15 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.10 bilion unit bernilai RM2.40 bilion daripada 2.45 bilion unit bernilai RM2.43 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI meneruskan aliran menurunnyadi tengah-tengah sentimen berhati-hati dan kekurangan pemangkin baharu.

Beliau berkata indeks utama serantau juga mencatatkan prestasi negatif memandangkan sentimen pelabur yang terustidak menentu berikutandasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang kerap berubahyang mencetuskan ketidaktentuan global.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...