Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Tekanan Jualan Ke Atas Saham Kewangan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Tekanan Jualan Ke Atas Saham Kewangan

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Tekanan Jualan Ke Atas Saham Kewangan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Livevartha) — Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor perkhidmatan kewangan.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.51 mata atau 0.35 peratus kepada 1,558.91 daripada 1,564.42 ketika ditutup semalam.

Indeks pandu pasaran itu dibuka 4.53 mata lebih tinggi kepada 1,568.95, dan bergerak antara 1,554.85 hingga 1,569.43 sepanjang dagangan hari ini.

Bagaimanapun bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 584 berbanding 393, manakala 452 kaunter tidak berubah, 913 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.98 bilion unit bernilai RM2.67 bilion daripada 3.15 bilion unit bernilai RM2.74 bilion semalam.

CIMB yang susut 30 sen kepada RM7.50, Hong Leong Bank merosot 40 sen kepada RM20.90, dan Public Bank menguncup empat sen kepada RM4.59, secara kolektif menurunkan indeks komposit sebanyak 8.25 mata.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup rendah hari ini dan tidak dapat mengekalkan momentum awal terutama kerana penurunan yang dialami saham kewangan.

Beliau berkata bagaimanapun, penurunan itu mungkin bersifat sementara memandangkan asas sektor itu kekal kukuh.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...