Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Ekuiti Global
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Ekuiti Global

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Ekuiti Global

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari inikerana peserta pasaran sebahagian besarnyamemilih untukberada di luar pasarandan kekalberhati-hati terhadap turun naik yang tinggi dalam ekuiti global.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot2.30mata atau 0.14 peratus kepada1,612.88 daripada 1,615.18 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 1.19mata lebih tinggi kepada 1,613.99dan kemudian bergerak antara 1,610.65dan 1,616.83sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 569berbanding 455, dengan 556kaunter tidak berubah, 943tidak diniagakan dan 52yang lain digantung.

Jumlah dagangan turunkepada 3.83bilion unit bernilai RM2.70bilion daripada 4.55bilion unit bernilai RM3.11bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI bergerak dalam julat yang ketat hari ini dan pelabur bersikap berhati-hatiberikutan turun naik yang tinggi dalam ekuiti global.

"Indeks serantau utama juga menunjukkan corak yang sama atas sebab sama walaupunaktiviti beliansahampada harga rendah berlakudi beberapa bursa saham.

"Saham teknologi utama terus merosotwalaupun pada kadar lebih perlahan selepas beberapa laporan mengenai pendapatan yang kurang memberangsangkan daripada sektor itu," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) –Pasaran niaga...

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China
Pasaran

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...