Home Pasaran BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH DALAM DAGANGAN KECIL
Pasaran

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH DALAM DAGANGAN KECIL

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH DALAM DAGANGAN KECIL

— Livevartha

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, prestasi itu mencerminkan kewaspadaan pelabur menjelang pengumuman data inflasi utama Amerika Syarikat (AS)  pada minggu ini yang dijangka mempengaruhi keputusan penurunan kadar pada 18 Dis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.46 mata atau 0.15 peratus kepada 1,608.97 daripada paras penutup 1,611.43 pada Isnin.

Indeks utama dibuka tinggi naik 1.22 mata  kepada 1,612.65 dan bergerak antara paras 1,607.88 dan 1,615.93 sepanjang hari dagangan.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 534 berbanding 513, manakala 562 kaunter tidak berubah, 867 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.74 bilion unit bernilai RM2.64 bilion daripada 3.02 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Isnin.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata indeks harga pengguna (IHP) AS yang akan diumumkan pada 11 Dis dan indeks harga pengeluar (IHPR) pada 12 Dis, dijangka mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Selain itu, beliau berkata data IHP dan IHPR China yang lebih lemah daripada jangkaan mungkin akan menjejaskan lagi sentimen pasaran.

\”FBM KLCI ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan di Wall Street, apabila pasaran menyusut susulan rekod tertinggi yang dicatatkan di S&P 500 dan Nasdaq minggu lepas,\” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...