Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.82 mata untuk ditutup pada 1,600.68 daripada 1,611.50 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu, yang dibuka 3.39 mata lebih tinggi kepada 1,614.89, bergerak antara 1,598.64 hingga 1,615.84 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 586 berbanding 419, manakala 543 kaunter tidak berubah, 906 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.14 bilion unit bernilai RM2.69 bilion daripada 2.82 bilion unit bernilai RM2.22 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI mengalami penurunan hari ini susulandolar Amerika Syarikat (AS) terus mengukuhdan lanjutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi China telah melemahkan minat risiko di seluruh rantau ini.

“Memandangkan pelabur kekal berhati-hati, aliran modal terus memihak kepada pasaran AS, yang dilihat sebagai pasaran selamat berikutan ketidaktentuan semasa dalam pasaran domestik dan serantau,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS lebih tinggi berbanding jangkaan seperti yang dikeluarkan semalam telah meningkatkan harapan terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Disember, yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...