Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Unjuran Ekonomi Dunia
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Unjuran Ekonomi Dunia

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Unjuran Ekonomi Dunia

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, menjejaki penurunan ekuiti global apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS)yang lemah menimbulkan kebimbangan mengenai kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.41 mata atau 0.38 peratus kepada 1,670.24 daripada 1,676.65 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 14 mata lebih rendah kepada 1,662.65 dan bergerak antara 1,675.53 hingga 1,662.22 sepanjang dagangan hari ini.

Berikutan penjualan meluas, 813 kaunter ditutup dalam keadaan rugi berbanding 307 kaunter untung, sementara 438 kaunter tidak berubah, 883 kaunter tidak diniagakan, dan sembilan yang lain digantung.

Bagaimanapun, jumlah dagangan meningkat kepada 3.04 bilion unit bernilai RM2.89 bilion daripada 2.98 bilion unit bernilai RM2.94 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata tinjauan terkini mengenai pembuatan AS pada Ogos oleh Institut Pengurusan Pembelian (ISM) menunjukkan penguncupan bulan kelima berturut-turut dan berada di bawah jangkaan.

Beliau berkata walaupun keadaan pasaran suram namun, terdapat perubahan aliran masuk dana ke pasaran yang sedang pesat membangun termasuk Malaysia, apabila pelabur mencari peluang pertumbuhan di luar AS berikutan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi domestik.

“Dalam lingkungan FBM KLCI, saham kewangan dan telekomunikasi menerajui prestasi. Lebih menarik, indeks telekomunikasi Bursa Malaysia adalah satu-satunya indeks sektor yang ditutup dalam wilayah positif.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...