Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan(Livevartha)– Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini berikutan pelabur bersiap sediadengan jadual dagangan singkat minggu depan, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut3.47 mata mewakili 0.22 peratus kepada1,573.73 daripada1,577.20 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 0.30 mata lebih tinggi pada1,577.50 dan bergerak antara1,566.84 dan1,577.50 sepanjang hari.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 654 berbanding 314, manakala 491 kaunter tidak berubah, 962 tidak diniagakan dan 133 digantung.

Jumlah dagangan lebih rendahpada 3.0 bilion unit bernilai RM3.06 bilion daripada 3.23 bilion unit bernilai RM2.74 bilion pada Khamis.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata data ekonomi utama dari China, termasuk angka PMI pembuatan dan kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF), akan dikeluarkan pada Isnin, bersama-sama mesyuarat pertamaJawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) 2025 yang dijadualkan pada 28-29 Jan.

"Berikutan itu, kami melihat para pelabur mula mengaut keuntungan menjelang peristiwa pentingtersebut," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata keputusanBank of Japan (BOJ) hari ini untuk menaikkan kadar faedah penanda aras daripada 0.25 peratus kepada 0.5 peratusmempengaruhi sentimen serantau.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...