Home Pasaran BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG
Pasaran

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh sebanyak 4.13 peratus minggu lepas.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.82 mata atau 0.11 peratus kepada 1,611.43 daripada 1,613.25 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks itu dibuka merosot 2.63 mata kepada 1,610.62 dan mencecah paras terendah 1,602.94 pada sesi awal sebelum ditutup pada paras tertinggi harian 1,611.43.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 1.82 mata atau 0.11 peratus kepada 1,611.43 daripada 1,613.25 semasa ditutup pada Jumaat.

Sentimen pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 662 berbanding 432 manakala 479 kaunter tidak berubah, 903 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 3.02 bilion unit bernilai RM2.40 bilion daripada 3.18 bilion unit bernilai RM2.82 bilion pada Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata penutupan dagangan yang lebih lemah turut dipengaruhi oleh pengumuman data inflasi terbaru China yang susut kepada paras terendah dalam tempoh lima bulan.

\”Inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) China susut 0.2 peratus tahun ke tahun pada November daripada 0.3 peratus pada Oktober.

\”Bacaan lemah yang tidak dijangka ini menekankan peluang yang signifikan bagi pelonggaran dasar monetari selanjutnya pada bulan-bulan akan datang,\” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...