Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)–Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.
Ia berikutan sentimen risiko yang semakin merosot akibat ketegangan geopolitik dan rancangan Washington untuk mengenakan tarif secara unilateral dalam tempoh dua minggu akan datang.
Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.51 mata mewakili0.56 peratus, kepada1,518.11 daripada1,526.62 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka4.15 mata lebih rendah pada1,522.47 dan turun naik antara1,515.10 dan1,522.70 sepanjang sesi.
Pasaran secara keseluruhan adalah merosot dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 764 berbanding 250, manakala 463 kaunter tidak berubah, 944 tidak diniagakan dan 17 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada2.88 bilion unit bernilaiRM2.06 bilion berbanding2.73 bilion unit semalam bernilai RM2.07 bilion.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata penurunan FBM KLCI hari ini berpunca daripada kebimbangan pasaran terhadap ketegangan geopolitik yang kembali memuncak dan menggugat sentimen pelabur serantau.
“Sesi dagangan hari ini memperlihatkan corak yang menyerupai hari pertama perang Rusia-Ukraine pada2022,namun kali ini melibatkan dua negara pengeksport minyak utama, susulan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran,” katanya kepada Livevartha.