Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, Nov 21(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.50mata atau 0.59 peratus kepada 1,588.68 daripada 1,598.18ketika ditutup semalam.

Indeks barometer itu dibuka 1.63mata lebih tinggikepada 1,599.81 sebelum bergerak antara1,588.68 dan1,599.94sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 675berbanding 371manakala 461kaunter tidak berubah, 959 kaunter tidak diniagakan dan 23yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.44 bilion unit bernilai RM2.50bilion daripada 2.72 bilion unit bernilai RM2.44bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup rendah hari ini, didorong oleh penjualan pada saat-saat akhir dalam saham utiliti, mengekalkan indeks di bawah paras psikologi kritikal,1,600.

"Saham perbankan memberikan sedikit sokongandaripada kerugian semalam tetapi ini tidak mencukupi untuk mengimbangi kelemahan yang lebih luas," katanya kepada Livevartha.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng pula berkata FBM KLCI bergerak dalam julat yang ketat apabila pelabur kekal berhati-hati kerana kekurangan pemangkin belian.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...