Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 11 April (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalamwilayah negatif hari ini denganmengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.
Pada5 petang, FBM KLCI menyusut 8.37 mata atau 0.57 peratus kepada 1,454.76 daripada 1,463.13 semasa ditutup padaKhamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 21.47 mata kepada 1,441.66 dan menyusut kepadaparas rendah 1,434.92 pada sesi dagangan pagisebelum pulih semula dan mencapai paras tertinggi 1,462.15 pada sesi awal petang.
Bagaimanapun sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 472 berbanding 442, sebanyak456 kaunter tidak berubah, 993 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan merosot kepada 2.80 bilion unit bernilai RM2.46 bilion berbanding 4.41 bilion unit bernilai RM3.81 bilion pada Khamis.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup rendah berikutan sentimen pelabur kekal terjejas dengan kebimbangan baharu mengenai cadangan kenaikan tarif Presiden Amerika SyarikatDonald Trump ke atas China.
"Walaupun pada masa ini terdapat penangguhan sementara dalam sebahagian perkara, kebimbangan yang meluas dalam aliran perdagangan terjejas dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan terus membayangi data makroekonomi yang menggalakkan," katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti serantau Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur hari ini, bertindak balas berhati-hati terhadap jualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman.