Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentuhari ini dan ditutup hampir tidak berubah dengan indeks bergerak dalam jajaran kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global, apabila para pelabur enggan mengambil pegangan jangka panjang.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pulih daripada penurunan awalnya naik0.31 mata, atau 0.02 peratus kepada1,511.95 daripada paras penutup1,511.64 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasarandibuka tinggi naik 0.25 mata kepada 1,511.89 dan bergerak turun naik antara paras 1,509.42 dan 1,512.96 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak488 berbanding361. Sebanyak 503 kaunter tidak berubah, 1,054 tidak diniagakan dan 13 digantung.
Jumlah dagangan menyusutkepada 2.42 bilion unit bernilai RM1.79 bilion daripada3.03 bilion unit bernilai RM1.92 bilion pada Selasa.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, indeks utama serantau juga kebanyakannya ditutup rendah susulan peningkatan ketegangan geopolitikberhubung kemungkinanpenglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Israel-Iran.
Minat terhadaprisiko menurun di tengah-tengahlaporanPresiden AS Donald Trumptelah bertemu dengan penasihat kanannya untuk mengkaji pilihan ketenteraan, termasuk kemungkinan serangan ke atas Iran.
“Di bursatempatan, kami mengekalkan pendirian berhati-hati berikutan ketegangan geopolitik yang memuncak di Timur Tengah.