Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Tinggi Minggu Depan Berikutan Sentimen Lebih Baik – Penganalisis
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Tinggi Minggu Depan Berikutan Sentimen Lebih Baik – Penganalisis

Bursa Malaysia Dijangka Tinggi  Minggu Depan Berikutan Sentimen Lebih Baik – Penganalisis

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu oleh sentimen yang lebih baik dan minat baharu terhadap saham dengan asas kukuh.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata, bagaimanapun indeks ini berdepan dengan paras rintangan utama 1,590, yang mungkin mengehadkan potensi kenaikan segera, terutamanya berikutan aliran keluar dana asing yang berterusan.

"Walaupun pasaran semasa mengalami ketidaktentuan, kami mengekalkan pandangan optimistik namun berhati-hati pada minggu depan," katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Mohd Sedek berkata terdapat peluang untuk pembelian saham pada harga rendah terutamanya dalam sektor berdaya tahan seperti kewangan, komoditi, tenaga, penjagaan kesihatan dan teknologi.

"Industri semikonduktor Malaysia terutamanya berpotensi mendapat manfaat daripada penekanan strategik China terhadap teknologi dalam pelan hala tuju ekonomi 2025 negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata, walaupun ketidaktentuan dalam masa terdekat ini kekal sebagai risiko berikutan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu, penggantungan tarif sementara dan potensi perubahan dasar Rizab Persekutuan boleh mewujudkan persekitaran yang lebih memberangsangkan terhadap aset berisiko.

"Dengan faktor-faktor ini, kami mengunjurkan situasi pasaran akan stabil, menyokong trend kenaikan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan ringgit yang lebih kukuh pada minggu depan," katanya.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, FBM KLCI kebanyakannya rendah berikutan kebimbangan mengenai perang perdagangan susulan pengesahan AS berhubung pengenaan tarif ke atas Mexico, Kanada dan China.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...