KUALA LUMPUR, 15 Feb(Livevartha) –Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilanminggu depan berikutan ketidakpastianberhubungdasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
Di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan indeks utamaberada dalam jajaran 1,580-1,600 pada minggu depan.
"Kami percaya sentimen berhati-hati berikutan ancaman perang tarif AS dan potensi kesannya terhadap pasaran, akan berterusan," katanya kepada Livevartha.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata tekanan dagangan dijangka memuncak pada suku kedua tahun ini.
“Selain itu, kebimbangan terhadapinflasi boleh menjejaskansentimen pelabur, yang seterusnya melambatkan lantunan pasaran yang lebih kukuh pada separuh kedua tahun ini.
“Ketika pelabur global mengharungiketidaktentuan ini, pasaran Malaysia dijangkaterus mencatatkan prestasi tidak menentu, dengan sentimen dipengaruhi olehperkembangan luar,” katanya.
Di dalam negara,pasaran akan memantau rapat indeks harga pengguna (IHP) Malaysia yang dijadualdikeluarkan minggu depan, di samping pengumuman pendapatan antara lainnya oleh Hartalega, Kossan Rubber Industries, Genting Malaysia dan Sunway Construction.
Pada Khamis, Presiden Donald Trump mengarahkan Wakil Perdagangan dan Setiausaha Perdagangan AS untuk meneliti cadangan tarif timbal balik yang dijangka dilaksanakan pada April.
Pengumuman tarif timbal balik baru-baru ini telah memberikan sedikit kelegaan dan membantu Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan penurunan kecil.