Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangkadiniagakan dalam jajaran1,500 dan 1,530 mata minggu depan sementaramenunggu pemangkin baharu pasaran, kata seorang penganalisis.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkatapasaran dijangka memberi tumpuan kepadabeberapa petunjuk ekonomi penting, seperti indeks harga pengguna (IHP) China bagi bulan Mei, indeks harga pengeluar (IHPR) dan data penganggurannya.

Selain itu, katanya, pelabur juga akan memantau angka IHP danIHPR Mei Amerika Syarikat (AS) dan pengeluaran perindustrian Zon Eropah bagi bulan April.

"Di dalam negara, kekurangan berita yang menggerakkan pasaran telah mengekalkan indeks utama pada parasstabil dan trend ini dijangka berterusan pada minggu akan datang," katanya.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantanberkata pelabur juga akan memantau kadar pengangguran di Korea Selatan, semakan semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama Jepun dan angka IHP India – yang mana kesemua faktor-faktor iniboleh mempengaruhi sentimen di seluruh rantau.

Walaupun agak sukar membuat unjuran ketika ini, beliau berkatarisiko penurunanFBM KLCI mungkin sebahagiannya diimbangi oleh harga saham yang lebih rendah daripada nilai danpengukuhan berterusan ringgit.

“Namun begitu,walaupun harga rendahsaham Malaysiayang menawarkan penilaian menarik pada masa ini, ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS boleh meningkatkan kos kemasukan pelabur asing, yang berpotensi meningkatkan premium risiko berikutan pengurangan daya saing sektor berorientasikan eksport,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini,Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah disebabkan terutamanya pengambilan untung berikutan sentimen berhati-hati terhadap rundingan AS-China dan kekurangan angka ekonomi positif daripada kedua-dua kuasa utama ekonomi duniaitu.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...