Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Dalam Dagangan Berwaspada Minggu Depan Selepas Belanjawan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Dalam Dagangan Berwaspada Minggu Depan Selepas Belanjawan

Bursa Malaysia Dijangka Dalam Dagangan Berwaspada Minggu Depan Selepas Belanjawan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Livevartha) –FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal kukuh dalam jajaran kecil antara 1,655 hingga 1,665 ketika pelabur mencerna Belanjawan Malaysia 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penyelidikan Pelaburan Penasihat Kekayaan UOB Kay Hian, Mohd Sedek Jantan berkatalangkah utama yang diumumkan termasuk sokongan bagi pemilikan rumah, dengan peruntukan untuk 57,000 pembeli rumah kali pertama di bawah skim Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan pelepasan cukai sehingga RM7,000 selama tiga tahun berturut-turut bagi pembeli kali pertama.

“Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada sektor hartanah dan pembinaan, bersama dengan rantaian bekalan mereka,” katanya kepada Livevartha.

Walaupun butiran khusus tidak didedahkan sepenuhnya, beliau berkata sektor teknologi juga dijangka mendapat keuntungan daripada pengumuman belanjawan kali ini khususnya, pengenalaninsentif baharu yang tertumpu kepada aktiviti bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu dan bahan termaju.

Langkah-langkah ini berkemungkinan besar memberikan momentum positif kepadasektor teknologi.

“Kami juga menjangkakan pelabur asing akan terus menyertai pasaran modal kerana kerajaan terus komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini dan 3.8 peratus tahun depan.

“Ini sejajar dengan matlamat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Kewangan, yang menyasarkan defisit fiskal sebanyak 3.0 peratus serta hutang kerajaan di bawah 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK),” kata Mohd Sedek.

Memandangkan disiplin fiskal mengurangkan risiko yang berkaitan dengan hutang kerajaan, ia meminimumkan kos pinjaman termasuk akan mengukuhkan sistem perbankan, katanya lagi.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...