Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang pertama bagi 2025 pada 28 dan 29 Januari.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Minggu hadapan, FBM KLCI dijangka mengalami pendekatan pelabur yang berhati-hati sementara menunggu hasil mesyuarat FOMC. Minggu dagangan singkat susulan cuti umum Tahun Baharu Cina mungkin menjejaskan aktiviti pasaran, dengan jumlah dagangan dijangka rendah dan pergerakan pula mungkin terhad,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata memandangkan musim cuti perayaan Tahun Baru Lunar di China, kebanyakan data utama dijadual dikeluarkan pada Isnin termasuk Indeks Pengurus Pembelian bagi pembuatan dan angka kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF).

Bagi AS, data utama Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang akan dikeluarkan pada 31 Januari dijangka mendapat perhatian. katanya.

Mohd Sedek berpendapat walaupun dasar Presiden AS Donald Trump banyak menyokong sentimen global namun, ekonomi Malaysia dijangka meraih manfaat daripada asas domestik yang kukuh, permintaan berterusan dari China, dan keadaan kecairan global yang semakin baik.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik 7.01 mata kepada 1,573.73 daripada 1,566.72 pada minggu lepas.

Indeks FBM Emas menokok 26.76 mata kepada 12,035.59; Indeks FBMT 100 naik 29.55 mata kepada 11,725.52 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 49.22 mata kepada 11,914.88.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...