Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit dalam dagangan berhati-hati menjelang pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, kata penganalisis.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.78 mata kepada 1,643.22 daripada 1,641.44 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.85 mata kepada 1,643.29.

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 149 berbanding 103 manakala 2,268 kaunter kekal tidak berubah, 1,972 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 86.06 juta unit bernilai RM41.89 juta.

Menurut Hong Leong Investment Bank, berdasarkan pelabur menantikan butiran Belanjawan 2025 hari ini, FBM KLCI dijangka diniagakan mendatar dengan paras sokongan pada 1,606-1,625 dan paras halangan pada 1,650-1,663.

“Ini disokong oleh Wall Street yang positif dan kembalinya aliran masuk asing bersih, kemungkinan beralih daripada pasaran China dan Hong Kong yang mencatatkan lebihan belian,” katanya dalam nota penyelidikan.

Bagaimanapun, katanya prospek terjejas oleh kebimbangan berterusan mengenai potensi konflik serantau di Timur Tengah, dinamik politik menjelang pilihan raya AS (pada 5 November), selain ketidakpastian mengenai langkah-langkah rangsangan China dan pelan pemulihan ekonominya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Power International dan Genting, masing-masing meningkat3.0 sen kepada RM3.55 dan RM4.02, MISC naik 6.0 sen kepada RM7.66, CIMB menambah 5.0 sen kepada RM8.21 dan IOI Corporation naik 2.0 sen kepada RM3.79.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...