Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, kembali meningkat berikutan prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.10 mata kepada 1,615.36berbanding 1,609.26 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.76 mata lebih tinggi kepada 1,610.02.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 252 berbanding 155, dengan 288 kaunter tidak berubah, 1,709 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 208.65 juta saham bernilai RM109.88 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran saham AS terus meningkat berikutan keyakinan susulan kemenangan Donald Trump, di samping pengukuhan dolar AS.

"Dengan faktor positif ini, kami menjangka minat belian dalam bursa tempatan, terutama dalam sektor berorientasikan eksport seperti teknologi dan sarung tangan," katanya dalam nota hari ini.

Firma pembrokeran saham itu juga mengunjurkan bekalan minyak sayuran yang lebih terhad berikutan peningkatan mandat biodiesel di Indonesia, yang boleh menyokong perladangan tempatan seperti Johor Plantations Group Bhd, selain didorong oleh harga minyak mentah yang kukuh.

"Selain itu, kami menjangka beberapa saham pembinaan dan bahan binaan akan meraih momentum semasa musim pelaporan pendapatan, disokong oleh pelaburan pusat data," katanya.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...