Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis(Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalamaan Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94mata kepada 1,600.42daripada 1,595.48ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.84mata kepada 1,599.32.

Suasana pasaran positif dengan 152kaunter untung mengatasi 96kaunter rugi manakala 283kaunter kekal tidak berubah, sebanyak 1,884saham tidak diniagakan dan 15yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 130.74juta unit bernilai RM72.94juta.

Naib Presiden Penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata semasa dagangan semalam, kenaikansingkat FBM KLCI melebihi paras 1,600 disebabkanpenjualan oleh dana asing berlakupada waktu tengah hari.

“Kami percaya bahawa sebarang aktiviti memperelokkan akauntidak mungkin memberi impak serta-merta dan menjangkakan indeks itu kekal dalam fasa penyatuannya, dijangka dalam julat 1,595-1,605 hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata Wall Street mengekalkan trend peningkatanwalaupun terdapat beberapa aktiviti pengambilan untung dengan Nasdaq dan S&P 500 ditutuppada paras tertinggi manakala kecairan terus memainkan peranan penting, menjelang cadangan untuk menurunkancukai daripada Presiden dipilih, Donald Trump.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...