Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Apabila Kenaikan Di Wall Street Lonjak Sentimen
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Apabila Kenaikan Di Wall Street Lonjak Sentimen

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Apabila Kenaikan Di Wall Street Lonjak Sentimen

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) esok.

Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.94 mata kepada 1,613.92 daripada 1,603.98 ketika ditutup Jumaat minggu lepas.

Indeks penanda aras itu meningkat 3.77 mata untuk mencecah 1,607.75 apabila dagangan dibuka.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 195 berbanding 144, manakala 320 kaunter tidak berubah, 1,742 kaunter kekal tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 178.76 juta saham bernilai RM103.08 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih kukuh apabila pelabur mengenepikan data pekerjaan Oktober yang lemah, ekoran gangguan sementara akibat taufan dan mogok.

“Selain itu, Nvidia bersedia untuk menggantikan Intel dalam Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) minggu depan, manakala hasil perbendaharaan AS berjangka 10 tahun melonjak melepasi 4.3 peratus, berakhir pada 4.386 peratus, mencerminkan kebimbangan mengenai keputusan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed)yang akan datang,” katanya kepada Livevartha.

Thong berkata FBM KLCI dapat kekal di atas ambang 1,600 minggu lepas, turun sedikit dalam tempoh sekejap sebelum pembelian semasa harga murah menyokong indeks itu.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...