Home Pasaran ​​​​​​​Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Pasaran

​​​​​​​Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

​​​​​​​Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan Wall Street pada Jumaat lepas berikutan pelabur tidak mengambil kira kebimbangan mengenai ketegangan yang meningkat antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta petunjuk ekonomi AS yang lembap.

Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.43 mata kepada 1,572.27.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 270 berbanding263, dengan 339 kaunter tidak berubah, 1,445 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 474.97 juta saham bernilai RM313.85 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi positif pada Jumaat lepas turut disokong oleh petunjuk mengenai kelembapan ekonomi AS.

“Sehubungan itu, sentimen pasaran kekal lemah apabila hasil 10 tahun AS merosot kepada4.203 peratus.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...