Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan Khamis, sekali gus mengakhiri peningkatan semalam di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 0.72 mata kepada 1,587.99.

Bagaimanapun pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 177 berbanding 133 manakala 225 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,853 tidak diniagakan dan 97 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak125.38 juta saham bernilai RM98.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur walaupun dibuka tinggi susulan sentimen terus diasak perbincangan mengenai kemungkinan lebih banyak tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Pandangan kurang optimisterhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) pula menyaksikan hasil Perbendaharaan 10 tahun terus berkurangan kepada 4.256 peratus.

“Di peringkat tempatan, indeks petunjuk utama Bursa MalaysiaFBM KLCI naik 20 mata, sekali gus mengatasi penurunan semalam. Kami sendiri agak terkejut dengan peningkatan ketara bursa yang sebahagiannya disebabkan oleh aliran menaik serantau.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...