Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Abdul Hamid A.Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih rendah, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Pada9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.99 mata kepada 1,615.44 daripada 1,616.43 di akhir dagangan semalam.

Indeks berkenaan meraih 1.77 mata sewaktu pasaran dibuka iaitu pada paras1,618.20.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 159 berbanding157 manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak155.58 juta saham bernilai RM115.14 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkataWall Street ditutup rendahdalam dagangan tidak menentu selain sentimen yang kekal gelisah menjelang pilihan raya presiden AS hari ini.

Pemilihan itu menyaksikan pertembungan Naib Presiden Kamala Harris bagi Parti Demokrat dan bekas Presiden Donald Trump mewakili Parti Republikan.

“Selain itu, peniaga turut memberi tumpuan kepada jangkaan penurunan kadar Rizab Persekutuan pada hari Khamis.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...