Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari pertama dagangan 2025,menjejaki penurunan semalaman dalam pasaran Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun kepada 5.42mata kepada 1,636.91daripada 1,642.33ketika ditutup pada Selasa.

FBM KLCI dibuka 1.01mata lebih rendah kepada 1,641.32.

Pasaran ditutup bersempena cuti Tahun Baharu pada Rabu.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugimengatasi kaunter untungsebanyak 149berbanding 139 manakala 300kaunter tidak berubah, 1,767kaunter tidak diniagakan dan 11digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 100.03juta unit bernilai RM51.49juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan kenaikan pendapatan bagi sektor pembinaan, bahan binaan dan utiliti, didorong oleh pelaburan pusat data.

Dalam nota penyelidikan hari ini, ia turut memihak kepada sektor minyak dan gas, memandangkan kenaikansemula harga minyak mentah Brent dan mengekalkan tinjauan positif terhadap saham sarung tangan apabila ringgit terus berlegar sekitar RM4.47 setiap dolar US.

Bagi saham wajaran tinggi,CIMB menambah dua sen kepadaRM8.21, Hong Leong Bank danPetronas Gas tidak berubah masing-masing padaRM20.56 and RM17.68 manakala Maybank danIHH Healthcare turun empat sen masing-masing kepada RM10.20 and RM7.26.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...