Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei(Livevartha) –Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit tetapi melantun kemudiannya, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham wajaran tinggi terpilih.

Kemunculan minat itu dipacu oleh kehadiran pelabur yang kembali ke pasaran susulan penyusutan baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 9.25 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.85 mata kepada 1,541.65 daripada 1,536.80 pada akhir dagangan semalam.

Indekspenanda aras itu susut 0.24 mata kepada 1,536.56 sewaktu pasaran dibuka.

Jumlah dagangan sebanyak389.23 juta saham bernilai RM156.08 juta.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 268 berbanding 167 manakala276 kaunter tidak berubah, 1,624 tidak didagangkan dan sembilan digantung dagangannya.

Sementara itu Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun keadaan pasaran secara keseluruhannya mungkin lemah sementara menunggu hasil rundingan dagangan, peniaga masih boleh menumpukan sektor berdaya tahanseperti produk dan perkhidmatan pengguna.

Ini berikutan sektor itumempunyaiunit simpanan stok dan mendapat manfaat daripada penambahbaikan margin di tengah-tengah kos import lebih rendah.

"Kami melihat potensi dagangan ITMAX yang meraih kontrak yang berterusan di Johor dan momentum yang berpotensi di Pulau Pinang selain disokong oleh jumlah dagangannya yang sihat.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI...

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — FTSE Bursa...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...