Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) — BursaMalaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.38mata kepada 1,604.05daripada penutupan semalampada 1,608.43.

Bagaimanapun, indeks dibuka 0.18mata lebih tinggipada 1,608.61.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 213berbanding 107, sebanyak 272kaunter tidak berubah, 1,862tidak didagangkan manakala 13lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 192.19juta unit bernilai RM115.28juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkatapasaran berhenti seketikaselepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) berakhir dan menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan malam ini.

“Wall Street ditutup lebih rendah apabila pasaran berhenti seketikaselepas mengalami beberapa masalah penyesuaianberikutan Wall Street catat rekod tertinggi baharu.

“Kami berharap lonjakan harga minyak sawit mentah baru-baru ini akan menarik minat belian dalam saham perladangan,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...