Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu, menjejaki penurunan ketara dialami Wall Street serta pasaran serantau ketika ketidaktentuan ekonomi terus menjejaskan sentimen pelabur.

Wall Street sejak semalaman diasak aktiviti jualan ketara dengan indeks Dow Jones jatuh478.23 mata atau 1.14 peratus kepada41,433.48 manakala indeks S&P 500 merosot 42.49 mata atau 0.76 peratus kepada5,572.07.

Pada9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53mataatau 1.35 peratuskepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 15.44 mata lebih rendah pada 1,504.71.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 241 berbanding 124dengan 240 kaunter tidak berubah, 1,784 tidak diniagakan dan tujuh digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 191.19 juta saham bernilai RM117.81 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata potensi kenaikan Wall Street kekal terhad walaupun dengan laporan tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan lagi 25 peratus tarif keatas import keluli dan aluminium dari Kanada ketika tindak balas rakan dagang hanya menjejaskanaktiviti ekonomi.

"Susulan itu, semua tertumpu kepada pengumuman data inflasi AS yang dijadualkan malam ini. Sebarang angka negatif lima peratus daripada unjuran awal 2.9 peratus berkemungkinan hanya menekan lagi sentimen sedia ada," kata firma pembrokeran itu dalam nota tinjauannya hari ini.

Ia juga menjangkakan pelabur menumpukan sektor yang secara asasnya kukuh seperti perbankan dan amanah pelaburan hartanah (REIT) berikutan pertumbuhan pinjaman yang stabil dan pembayaran dividen yang sihat.

Related Articles

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) –Ringgit ditutup...