Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Belian Asing Hambar
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Belian Asing Hambar

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Belian Asing Hambar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa, berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing, menurut peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.71 mata kepada 1,609.76 daripada 1,610.47 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.90 mata lebih tinggi kepada 1,612.37.

Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 137 berbanding 122, manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,965 kaunter tidak diniagakan dan 123 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 103.56 juta unit bernilai RM53.33 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penanda aras itu terus mengalami penyusutan, ditutup di atas paras 1,610 walaupun mencatatkan dagangan awal yang optimistik.

Beliau berkata prestasi itu disebabkan pengambilan untung oleh dana asing.

“Kami berpandangan aliran keluar dana asing baru-baru ini mungkin disebabkan kemungkinan pengurangan yang lebih kecil ke atas kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, yang turut mendorong ringgit rendah berbanding dolar AS kepada RM4.36 pada masa ini.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,610 hingga 1,620,” katanya menerusi nota penyelidikan pada Selasa.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...