Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa berikutan sebahagian pelabur terus melakukan pengambilan untung, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam kebanyakan pasaran serantau.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.54 mata lebih rendah kepada 1,580.22.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 161 berbanding 96, manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,832 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 233.74 juta unit bernilai RM81.98 juta.

Pasaran saham AS ditutup pada Isnin sempena cuti Persekutuan susulan Hari Presiden dan dagangan disambung pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata lebih banyak laporan pendapatan syarikat akan dikeluarkan dalam dua minggu akan datang.

Beliau berkata pihaknya yakin pertumbuhan pendapatan bagi suku keempat 2024 akan positif dengan Rakuten menjangkakan peningkatan 16.9 peratus bagi tahun kalendar 2024.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...