Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat sebelum susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang positif, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu dan Khamis sempena cuti umum Tahun Baharu Cina.

Sewaktu dibuka, indeks petunjuk utama menokok 1.09 mata kepada 1,553.78.

Dalam pada itu, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 135 berbanding 127 manakala 229 lain tidak berubah, sebanyak 1,830 tidak diniagakan dan 37 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 107.68 juta saham bernilai RM82.09 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata kalangan pelabur masih bimbangkan impak daripada platform kecerdasan buatan (AI) China iaitu Deepseek membabitkan prospek pelaburan AI yang membawa kepada penyusutan dalam FBM KLCI.

Beliau bagaimanapun menjangkakan dana asing pada akhirnya akan melihat semula Asia sebagai destinasi pilihan kerana penilaian yang wajar berbanding dengan penilaian terlalu tinggi di Wall Street.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...