Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.23 mata atau 0.34 peratus kepada 1,531.39 berbanding 1,526.16 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 3.98 mata kepada 1,530.14.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 212 berbanding 124manakala 267 kaunter tidak berubah;1,793 tidak diniagakandan 50 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 182.59 juta unit bernilai RM103.22 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata pasaran saham Wall Street mencatatkenaikan selepas ancaman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kesatuan Eropah ditangguhkan.

“Biarpunketidaktentuan masih lagi ada, peniaga sebaliknyayakinsatu perjanjian mungkin dapat dicapai,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata keyakinan pengguna di ASbagi Mei mencatatangka yang mengatasi jangkaanawal manakala hasil bon Perbendaharaan 10 tahun AS susut kepada 4.446 peratus.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Ringgit...