Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi pembukaan hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu selepas prestasi semalaman Wall Street yang mendatar,kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.02 mata kepada 1,511.97 daripada 1,511.95 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.99 mata kepada 1,512.94.
Pasaran secara menyeluruh negatif sedikit dengan 98 kaunter rugi mengatasi 82 kaunter untung. Sebanyak 227 kaunter tidak berubah manakala2,016 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 52.84 juta saham bernilai RM25.57 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata pasaran Wall Street ditutup mendatar selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan pendirian kadar faedahnyamanakala ketegangan geopolitik di Timur Tengah terus menjadi tumpuan.
Dow Jones Industrial Average merosot 44 mata atau 0.1 peratus, S&P 500 berkurangan 0.03 peratus manakala Nasdaq Composite naik 0.13 peratus.
Pasaran ekuiti di Asia ditutup rendah berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang masih belum selesai.