Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 0.46 peratus, didorong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi dan mengikut jejak Wall Street yang secara umumnya ditutup tinggi.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.06 mata kepada 1,524.01 daripada 1,516.95 semasa ditutup pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka pada 1,520.86, dengan peningkatan 3.91 mata.

Sentimen pasaran adalah positif dengan 156 kaunter untung berbanding 74 kaunter rugi manakala 220 kaunter tidak berubah, 1,919 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 81.25 juta unit bernilai RM46.47 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street pada umumnya ditutup lebih tinggi berikutan peniaga berharap kepada penyelesaian positif daripada rundingan perdagangan yang sedang dijalankan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

“Walaupun AS dikatakan agak yakin mengenai rundingan itu, keadaan kekal tidak menentu kerana China masih berdiam diri,” katanya kepada Livevartha.

Di dalam negara, FBM KLCI ditutup rendah sedikit, berkemungkinan disebabkan jualan asing yang berulang manakala minat terhadap ekuiti domestik agak suram sejak kebelakangan ini berikutan aktiviti dagangan yang perlahan sejak beberapa bulan lepas.

“Dengan ketiadaan insentif baharu, tiada tarikan untuk peniaga terlibat dalam pasaran tempatan. Oleh itu minat juga semakin berkurangan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha)...