Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah, Dipengaruhi Prestasi Hambar Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah, Dipengaruhi Prestasi Hambar Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah, Dipengaruhi Prestasi Hambar Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Rabu, mencerminkan prestasi hambar di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.37 mata kepada 1,642.40 daripada 1,642.77 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.05 mata lebih rendah kepada 1,641.72.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 209 berbanding 169 manakala 280 kaunter kekal tidak berubah, 1,822 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 154.74 juta unit bernilai RM121.03 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan diyakini masih mempunyai ruang untuk berada dalam aliran lebih tinggi, kerana jualan semalam tidak akan berlanjutan.

“Walaupun jumlah dagangan harian kekal rendah, kami percaya hala tuju pasaran bertambah baik, dan kami menjangkakan aktiviti dagangan meningkat dari semasa ke semasa.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,640 hingga 1,650," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...