Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Kemudiannya Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Kemudiannya Rendah

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Kemudiannya Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini tetapi bertukar lebih rendah kemudiannya, menjejaki prestasi semalaman di Wall Street yang ditutup rendah selepas peningkatan baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.02 mata kepada 1,639.95 berbanding 1,641.97 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran pada awalnya dibuka 1.83 mata lebih tinggi kepada 1,643.80.

Pasaran lebih luas adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 217 berbanding 101 manakala 247 kaunter kekal tidak berubah, 1,982 saham tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 108.05 juta unit bernilai RM72.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran saham Amerika Syarikat reda seketika berikutan peniaga menilai laporan pendapatan baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan pasaran tempatan kekal berhati-hati, seperti yang dicerminkan oleh jumlah dagangan yang rendah.

"Berikutan ketiadaan pemangkin positif, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,635-1,645 hari ini," kata Thong kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...