Home Pasaran Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini,disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaranprestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik2.02mata kepada 1,610.45daripada 1,608.43ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.18mata lebh tinggi kepada 1,608.61 dan bergerak antara1,602.71 dan1,610.61 pada sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 552berbanding 328manakala 444kaunter tidak berubah, 1,130kaunter tidak diniagakan dan 13yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.79bilion unit bernilai RM1.09 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran masih dalam mod penyatuan dengan beberapa aktiviti belian semasa harga murahselepas penurunanbaru-baru ini.

"Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,610-1,620," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata kaunter pembinaan, hartanah dan bahan binaan terpilih dijangka mendapat momentum menjelang pengumuman keputusanpendapatan mereka.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 14 Mac(Livevartha) — Ringgit dibuka hampir...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...